Lokasi : Gunung Semeru, Surabaya, Jawa Timur
Tarikh : 14 Oktober 2017
Pendaki : 4 Orang
Durasi : 3 Hari 2 malam
Belanja:RM700(hiking), RM450(tiket flight)
Instagram : aymanaki
Instagram : aymanaki
Sebulan sebelum trip, saya cari tour guide daripada Indonesia. Mula-mula risau jugak takut kene scam, tapi lepas tgk dkt ig: ekynnanuar dia tag mas Andre (tour guide), sy pn terus contact mas andre utk setelkan bayaran deposit(permit, transport) sebanyak 1Juta Rupiah.
13 oktober 2017 (jumaat)
trip bermula lepas solat jumaat, terus naik ketapi daripada slim river - KL Sentral. Then naik bas ke KLIA. tukar duit kt KL Sentral paling murah, 1Juta Rupiah = RM310 tak silap. Last trip bas ke KLIA pkul 12.00 malam kot. Sampai2 KLIA tido terus.
14 oktober 2017 (sabtu)
8.30 pagi
boarding flight dan terbang ke bumi Surabaya.
10.45 pagi
sampai kt Surabaya, masa disini lewat sejam daripada Malaysia. Sampai2 sana, terus naik van ke Kota Malang. Perjalanan ke Malang ambil masa dalam 4-5jam sebab trafik jem (macet dlm bahasa indo). kami tak tidur di Ranupane, sbb kekurangan homestay di sana dan juga sana sangat sejuk. sumpah tak tipu
4.00 petang
tiba di Malang, homestay kami ni kt sebuah kafe. Bilik kami atas kafe tu. so senang kalo nk cari mkn, turun bawah je. Wifi, tempat charge suma ada. Saya x beli simkad indo pn, sbb kt hutan xda line pn kan. so kitorang mmg hayati nature. haha konon. Then, malam tu briefing dgn mas andre, dia bg kami pnjam sleeping bag (wajib). Makan malam kt area2 homestay, situ kawasan kampus, so ramai bdk2 muda lepak. tgh2 mkn, dtg mamat busker tapaw 1 lagu utk kitorang. sedap gak. ok dah malam. nunite. krohhh krohhh
15 Oktober 2017
6.00 pagi
bersiap daripada homestay menaikan van ke Tumpang. Di Tumpang tukar jeep sebab nk lalu kawasan tanah tinggi di Ranupane.
8.30 pagi (Ranupane)
Kami mendengar taklimat daripada pegawai taman negara, ok ni tips nk kongsi sikit : 1) jangan pergi dikawasan pokok diikat kain putih di ranu kumbolo kerana itu tempat haiwan liar minum air. 2) jangan pergi ke kawasan mata air setelah lewat jam 6 ptg di kalimati kerana itu tmpt minum haiwan liar 3) turun drpd mahameru mestilah ikut laluan yang betul jgn tersasar kerana akan MATI JATUH GAUNG. tujuan mendaki ialah utk pulang dengan sihat dan selamat, bukan utk sampai puncak.
setelah dengar taklimat, please buang segala air kecil, air besar, huhu azab giler kalo sakit perut dlm hutan. then kitorang mkn di kedai, menu dia nasi rawon (nasi+kuah daging) sepinggan 15,000 = RM5
orang kt sana mmg pakai selimut kuar rumah, dia pnya sejuk siyes x tipu
ni kedai mkn dia, clean and delicious, friendly makcik.
selesai melantak nasi daging td, terus bergerak ke tempat rehat iaitu Ranu kumbolo. Utk sampai Ranu kumbolo, ada 3 checkpoint, kt checkpoint tu korang bole mkn semangka (tembikai), roti, pisang yg dijual harga emm murah gak la kot bg ak. Trek dia agak mendatar. Utk sampai ke Ranu kumbolo, kitorang amek masa 3jam mengikut betapa sadonya team korang. hehe
3.00 petang
huhh haahhh huhhh haahh.. sampai pn kt Ranu kumbolo, kt sini berenti lunch, mas andre masak, xda la masak sgt, dia bwk nasi bungkus, tempe sambal kering, sayor apa ntah kering gak, air minum x kering. haha, air kopi paneh, fuh dgn selera mcm naga, kitorang bedal kaw pnya. beware, jgn mkn pedas, kerana sini toilet dia xda air, option utk korang buang air, adalah melepas kt blakang pokok atau semak, toilet dia mmg bau kejam teruk.
Ranu kumbolo berapa pada aras 2000++ mdpl dimana suhu sejuk pada waktu malam, dikhabarkan, pernah ada kristal ais pada rumput di Ranu kumbolo. Ranu kombolo adalah camp site, biasanya pendaki akan bermalam disini, tp kitorang trip pendek, so kene trekking lg dlm 2jam utk sampai di kaki gunung semeru iaitu dipanggil kaliMATI. wuuuuuuuu. seram x nama dia. haha
4.00 petang
bergerak ke Kalimati iaitu tempat utk berteduh malam ni, dlm perjalanan korang akan lalu 3 tempat, Oro-oro Ombo, Cemoro kandang & jambangan. Oro-oro ombo ni kawasan bunga ungu, tp time ktorang lalu, layu. kuciwaaaaaa.
5.30 petang
tiba di Kalimati, waktu senja, sejuk yakmat, kabus melayang2, matahari mula jatuh, tour guide sibuk pasang khemah, dah x sempat nk cari air bersih, so pakai je air sebotol utk amek wuduk dan buang air, tmpt ni lg rare, xda langsung tmpt nk buang air, pandai2 ok nk survive
8.00 malam
Mas Andre masak lauk tempe, sayur goreng, sambal, peh nikmat, tp padan muka mkn lg pedas, abes sakit perut suma, kikiki.. fuh serius sejuk weh even dlm khemah, bkk sleeping bag baru tido. gudnite
12.00 malam
good morning, yes.. pkul 12 malam bgn blk, mas andre dah siapkan roti bakar + air kopi. mula2 xnk mkn sbb kenyang lg, tp ahhh bedal la. yaaa, jom ke puncak semeru. org sini panggil Mahameru. saya pakai baju tight, tshirt, kemeja, sweater. tudia 4 layer. face mask, winterhat, headlamp wajib ada. beg berat suma tinggal kt khemah, yg bawa hanya roti dan botol air sorang 1.5liter. wajib!
16 Oktober
1.00 pagi
hiking ke puncak pun bermula, acah2 stretching skit. lets go! suhu sgt sejuk, angin kabus bertiup, kalo berdiri tegak bole kejang kaki. utk sampai ke puncak mahameru drpd kalimat, kami ambil masa 5jam. so, tnpa lengah2 terus naik, utk sampai ke puncak, kita akan lalu kawasan berpokok.
Dalam 20minit pendakian, tiba-tiba jeng jeng jeng! rakan sy khalid muntah2. so xpe berenti tnggu dia kejap, then slow2 mendaki lg, still dia rasa badan dia x okay, rakan sy minta utk tour guide bwk dia turun utk mengurangkan risiko pendakian. sbb sini masih kawasan berpokok, trek masih mudah, selepas pokok akan lalu trek berpasir, situ 100% lebih susah drpd trek tanah.
tiba-tiba lagi! haha bape byk tiba2 la. sorang tour guide, mas mayudi sakit lutut. kesan suhu terlampau sejuk. so, mas mayudi bercadang utk bwk khalid pulang ke khemah. trip diteruskan dgn aku, naqib, adib, mas andre dan mas sandi. selepas melepasi kawasan pokok, kami tiba di kawasan berpasir tiada pokok. kelihatan cahaya lampu pendaki sayup2 diatas sedang mendaki.
Excited giler 1st time daki trek berpasir, 10minit daki, masyaAllah, azabnya. 4 kali sy angkat kaki, gelongsor blk turun bwh. patutla org suma kata susah panjat gunung semeru. mas sandi bg tips, panjat tidak boleh lurus, kene zigzag. pijak kesan tapak kaki org. ok then bru nmpk pergerakan lebih lancar.
mas andre pesan, kalo nk berenti rehat, jgn lama2. suhu sejuk bole wat kaki lg krem, dan kalo boleh jgn duduk, sbb nnti x nmpk batu bergolek drpd atas. Dan akhirnya azab utk sy pulak muncul. buat pertama kali sakit lutut, slama ni tgk mmbr je yg sakit lutut hiking. fuhh.. sy hiking ibarat bertateh je sbb sakit sgt lutut, nk turun camp kesian kt tour guide, tinggal dlm 60% gitu je. teruskan jgk pendakian.
6.30pagi
Daripada langit tu berbulan bintang, sampai la langit tu cerah, akhirnya dlm pukul 6.30 kami berjaya sampai puncak. Roti + air ibarat heaven giler, mkn byk2 mlm semalam tu ibarat sikit sgt. maybe makanan tu cpt bakar utk kekalkan suhu badan. guess what, kitorang kt puncak cuma 5-6 minit.
Niat nk tgk pemandangan puncak x kesampaian kerana angin kabus sgt tebal. Kami ambil keputusan utk turun. Masa diperlukan utk turun hanyalah dalam 2jam sahaja. Kerana kita bole turun secara menggelongsor di pasir dan lebih cepat.
Sampai saja dikhemah, sy telan panadol dan terus tido, pkul 11 pagi, kami lunch dan pulang ke Ranupani. Perjalanan pulang kami x berhenti di Ranukumbolo kerana nk kejar masa. Alhamdulillah sempat sampai sebelum maghrib.
7.30mlm
Kami tidur menumpang di rumah salah seorang tour guide tempatan. Terima kasih kerana bg kami tumpang berehat.
17 Oktober
Pada keesokan hari, kami mengemas barang dan terus bergerak ke Kawah Bromo. Pemandangan di Bromo sangat cantik seperti padang rumput di eropah. Cuma cuaca nya terik. Kami tiba di Bromo pada jam 10.00 pagi. Perjalanan utk menaiki kawah bromo hanya mengambil masa dalam 15minit. Jangan risau tangga sudah disediakan.















No comments:
Post a Comment